Wednesday 14 April 2010

12 Barisan

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda:

“Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T” Erti firmanNya;


“Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” (Surah al-Naba’) Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab;

“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yanag amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri.” Maka Rasulullah menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12 barisan.

BARISAN PERTAMA

Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEDUA

Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEEMPAT

Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

“Mereka adalah orang yag berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka

BARISAN KELIMA

Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu,Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia,tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEENAM

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETUJUH

Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah.

“Mereka itu adalah orang yang enggan member kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KELAPAN

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KESEMBILAN

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

"Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEPULUH

Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.

"Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEBELAS

Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala,gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

"Mereka adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balsannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan;

"Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih


Monday 1 February 2010

Narrated Tawus: I said to Ibn 'Abbas, "The people are narrating that the Prophet said, 'Take a bath on Friday and wash your heads (i.e. take a thorough bath) even though you were not Junub and use perfume'." On that Ibn 'Abbas replied, "I know about the bath, (i.e. it is essential) but I do not know about the perfume (...i.e. whether it is essential or not.)

the Hadith

Narrated AbuHurayrah: The Prophet (peace_be_upon_him) said: "Do not swear by your fathers, or by your mothers, or by rivals to Allah; and swear by Allah only, and swear by Allah only when you are speaking the truth".

Friday 22 January 2010

VERY SHORT, MOST EFFECTIVE AND HOW TRUE...

30 second Speech by Bryan Dyson (CEO of Coca Cola)

"Imagine life as a game in which you are juggling some five balls in the air. You name them - Work, Family, Health, Friends and Spirit and you 're keeping all of these in the Air.

You will soon understand that work is a rubber ball. If you drop it, it will bounce back..

But the other four Balls - Family, Health, Friends and Spirit - are made of glass. If you drop one of these; they will be  irrevocably scuffed, marked, nicked, damaged or even shattered. They will never be the same. You must understand that and strive for it."

WORK EFFICIENTLY DURING OFFICE HOURS AND LEAVE ON TIME. GIVE THE REQUIRED TIME TO YOUR FAMILY, FRIENDS & HAVE PROPER REST.

Monday 19 October 2009

Di Akhir Syawal

Abu Ayyub Al-Ansari r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun. (Sahih Muslim hadis no: 1164].

Sempatkah anda berpuasa sunat Syawal di tahun ini. Masih berat untuk melakukan??? He.. he.. cuba lagi tahun depan. Nak start hari nie pun bukan boleh...........


Tuesday 22 September 2009

Syawal Oh Syawal

Hari nie 3 Syawal. Apa aktiviti aku ekk.. Tidurrrrr.... Melepak kat rumah sambil nonton TV2. Bukan selalu tengok RTM pun tapi pasal ada rancangan rock jiwang, tak lepas tengok ler.

Mengimbau zaman sekolah dulu dulu. Ada Elly XLS, ada Rahmat Ekamatra, ada Bagio Damasutra, Shamrin Fotograf, Amir UKs dan Ameng Spring.

Layannn.....

Friday 4 September 2009

Salam Ramadhan

Assalamu'alaikum wrb.

Tetiba terasa nak mengomel sikit.  Tak terlewat rasanya nak mengucapkan selamat berpuasa buat korang semua yang 'visit' blog ni. Dah amat terlalu lama blog ni tak diupdatekan. Malassssss... itu ler jawapannya.

Wednesday 12 November 2008

No Telefon Bimbit aka. HP

Assalamu'alaikum semua,

Aku harap ada yang baca posting ni. Untuk setakat ni, aku dah berjaya kumpul/simpan beberapa no HP korang. Antara dalam simpanan aku sekarang:-
  1. Nemi (aku ler tu)
  2. Din Panjang
  3. Nan Ali
  4. Nan Joe
  5. Noorul
  6. Zam Gemuk
  7. Chirul
  8. Kenit
  9. Adik Poy
Laaa..... 9 jer termasuk no. aku sendiri. Aku ingat kan dah banyak dah. Sapa ada no budak-budak selain dari list kat atas, pas kat aku yerk..

Apesal aku rasa, cuma aku je yang layan blog ni. Komen dari korang pun tak de. Kat chat corner pun tak de sapa. Cam na nak kumpul balik budak-budak ni.

Saturday 8 November 2008

ScribeFire Blog Editor

What is?: ScribeFire is a full-featured blog editor that integrates with your browser and lets you easily post to your blog. You can drag and drop formatted text from pages you are browsing, take notes, upload images, and post to multiple blogs.

Apa benda ni?? Sapa sapa guna Firefox untuk surf internet macam aku, install la add-on ni. Senang sikit nak upload artikel korang. Setup apa yang patut, then tak payah nak login blogspot nak upload. Klik button scribefire,taip apa yang patut and publish. Untuk artikel yang ni aku guna scribefire, Saja je nak test. Jadi ke tidak.

Halo Budin, bila nak upoad artikel. Tak kan masih draft lagi. Belasah je apa yang patut.

Friday 17 October 2008

Streamyx Aku Hidup Kembali

Setelah hampir 10 hari, baru aku boleh guna kembali streamyx aku. Itu pun lepas 3 kali visit technician TM datang rumah aku. 1st time aku tak de rumah. 2nd time, aku cakap internet ada problem, technician tu cakap line ok & tukar telepon aku. Pening kepala pikir; orang suruh repair connection bukan tukar telepon. Lepas telepon hotline dia entah kali keberapa tah, hari ni baru live balik.

Korang apa cerita. Asyik aku jer update blog ni. Korang yang lain tak kan baca jer. Karang la apa yang patut. Bak sini korang punya email, aku dalam list. Zam Gemuk aku dah add tapi tah bila nak post cerita.

Bila nak jumpa ni. Koman koman pun, lunch time okay gak. Kat opis aku ada foodcourt. Nak bersantai ok gak. Telepon aku tapi bayar sendiri sendiri la.. ha...ha...ha.ha..ha...

Chirul, bak email kau la. Pas tu kau boleh upload dari rumah apa yang patut. Tak pun, kau guna ID yang aku email kat kau hari tu. Upload la apa yang patut... tak kan jadi pembaca jer. Baru meriah sikit blog ni.


ADIOS!!!